TAHUKAH ANDA APA ITU DANA KECEMASAN?
Sebahagian besar daripada kita tidak mempunyai dana atau tabung kecemasan. Seperti namanya (Emergency Fund), ia adalah simpanan yang sangat perlu yang mana hanya digunakan ketika kecemasan atau terdesak sahaja. Jumlahnya tidaklah spesifik tapi sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan daripada pendapatan seseorang. Lagi banyak lagi bagus. Jika pendapatan anda adalah sebanyak RM 2500 sebulan, jadi anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 7500.
KENAPA IANYA PERLU ?
Hidup kita tidak selalunya sebagaimana yang dirancang. Ada kalanya kita bernasib baik dan ada kalanya tidak. Masa depan adalah sangat sukar diramal. Oleh yang demikian, antara sebab anda perlu wujudkan dana ini ialah
- anda atau pasangan hilang pekerjaan disebabkan majikan ataudiri anda sendiri
- kenderaan utama atau kediaman anda rosak dan perlu diperbaiki segera
- kehilangan sesuatu yang sangat berharga atau bernilai
- anda atau ahli keluarga sakit yang memerlukan rawatan segera
- ditimpa kecelakaan seperti kebakaran, kemalangan, bencana alam atau kematian waris
TIPS MEWUJUDKAN DANA KECEMASAN
Antara tips yang disarankan ialah
- menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kasar anda setiap bulan sehingga mencukupi
- letakkan simpanan anda di tempat yang susah untuk dikeluarkan. Contohnya yang tiada kad ATM seperti ASB atau Tabung Haji. Permudahkan simpanan, sukarkan pengeluaran.
- hadkan sebab dan tujuan pengeluaran. Ingat, wang ini untuk KECEMASAN sahaja.
- mengutamakan KEPERLUAN dan hindarkan KEHENDAK dalam sebarang perbelanjaan.belajarlah mendisipkan diri
- simpan secara auto-debit
- mengasingkan dana ini sebaik sahaja menerima gaji
- menggunakan bonus atau dividen

